5 Feb 2010

Episode 4~ emisi euforia

Seperti malam yang gelap, sunyi,sepi,hanya sang pungguk memahami.Kerana setiap hari dialah makhluk yang setia menemani malam menunggu dahina. Namun sejak sang bulan menjelma,berserta sinarnya pungguk malar bercicip. Dia bercicip dengan riang. Malam menjadi saksi emisi keriangan sang pungguk. Kini,rindunya pada sang bulan telah terubat.
‘Kau apahal? ’ tanya Boy hairan. Dilihat kawannya yang tiba-tiba tersenyum,sebenarnya,penyakit senyum secara tiba-tiba Andy ni bermula sejak beberapa hari yang lepas.Sejak lambaian Yana di tempat menunggu bas tempoh hari.Kadang-kadang tengok ‘Bersamamu TV3’pun dia melihat Andy tiba-tiba tersenyum. Tengok drama cinta-cinta tak payah cakaplah,senyum memanjang sampai ke iklan. Yang menyakitkan hati,lepas senyum dia tergelak sikit dengan mata tertutup,tangan kiri di dahi dan tangan kanan di dada, kemudian mengambil bantal kusyen segi empat warna cokelat dan tertera gambar kartun Mr.Bean,dipeluknya bantal kusyen itu. Sebaik saja mukanya ditutup penuh dengan bantal kusyen,Andy akan bersorak manja. Sekali lagi,Boy menjadi mangsa. Boy panas.Boy meluat. Siapa tak panas dan meluat tengok budak lelaki yang menunjukkan mabuk kepayangnya tanpa dia sedari.

‘Woi,kau apahal lakhanat!?’ amarah Boy disambung lagi.
‘Tak ada apa,biasa je,’balas Andy, seperti tiada apa yang berlaku,seperti Boy tidak perasan perlakuan di luar normanya itu.
Wah,biasa je kau jawab.Nasib baik kawan,kalau tak…
‘Malam ni Uptown? ’ balas Boy,yang menyembunyikan rasa meluat,panas,geli dan segala perasaan negatifnya terhadap Andy.
‘Jom,aku pun nak beli barang kat situ,’ kali ini,air muka Andy lebih tenang,kosong dan rileks.
Malam itu,selepas azan Isyak dilaungkan,dua sahabat itu menuju ke Uptown.
Seperti biasa,keadaan sesak dengan manusia. Setelah beberapa kali mengelilingi pasar yang menjual pelbagai barangan itu,mereka memutuskan untuk pergi ke bahagian belakangnya di mana terletak medan selera. Ramai juga remaja sebaya Andy dengan Boy duduk melepak di medan selera itu.
‘Eye wash lagi,’kata Boy sambil mencari-cari meja kosong untuk mereka pula melepak. Andy hanya tersenyum simpul.
‘Kalau awek kau ada malam ni memang jodoh kau la tu,kan?’soalan Boy ini membuatkan Andy tersipu-sipu.Malu.
Sebaik saja duduk,Andy mula tercangak. Kepalanya tidak berhenti berputar-putar mencari bakawalinya itu.Manalah tahu cakap Boy betul. Bolehlah dia minta nombor telefonnya.
‘Minum!’Boy menghentak meja dengan tapak tangannya.
‘Kalau jodoh,kau tak payah nak cari-cari,dia sendiri mari bro,’ sindiran dari Boy sekali lagi membuatkan Andy tersipu malu.
‘Lepas ni kita cau la,barang yang aku nak tu tak adalah,’keinginannya ini disetujui dengan Boy dengan menganggukkan kepalanya.
Sebaik saja mereka melunaskan bil,mereka terus balik menuju ke pintu di mana mereka masuk tadi. Ketika hanya beberapa langkah dari pintu masuk yang juga merupakan pintu keluar, Andy melihat seperti puteri impiannya sedang menuju kepadanya melalui arah yang bertentangan. Betul kata Boy, kalau memang jodoh,dia sendiri yang datang kepada kita. Kini mereka saling mendekati, Andy dengan Boy ingin keluar dari pasar sesak itu,tetapi Yana sebaliknya. Andy memperlahankan langkahnya. Diperhatikan sang puterinya itu,memang cantik,sempurna. Namun kehadiran Yana tidak diketahui oleh Boy,yang kini berselisih denganya di pintu masuk. Kini,apa yang dipedulikan Andy hanya ingin menegur Yana dan meminta nombor telefonnya. Ini kali keempat dia melihatnya,tapi gelodak jiwanya sama seperti kali pertama dia menegurnya.
Kini,giliran Andy pula berselisih. Dia hanya memandang Yana dengan harapan Yana sedar akan kehadiranya,dan akan menegurnya.Itupun kalau dia masih mengingatinya. Mengingatinya sebagai budak lelaki yang cuba menjual minyak kepadanya. Keraguan sedikit lahir di jiwanya yang kini sedang bergelodak. Yana semakin menjauhi Andy tanpa sedar kehadirannya. Andy menghentikan langkahnya,memusingkan badannya,laluan pandangannya tidak lari dari objek cintanya itu. Kini Andy hanya mengharap dia melihat kebelakang. Pusing,pusing,pusing… Hanya itu yang diharap. Yana semakin jauh dan terus menuju kehadapan tanpa tolehan kebelakang.
‘Yana!’inilah yang berlaku dalam keadaan terdesak. Orang sekeling seperti tunggul. Tidak dipedulikan. Namun panggilannya tidak dipedulikan.
‘Yana!’lebih kuat.
‘Yana,Yana,Yana!’jerit Andy sekuat hati,kini bukan setakat Yana yang menoleh, makcik-makcik sebelah Yana juga turut menoleh. ‘Opss…’
Andy cepat mengambil peluang dengan melambai-lambai Yana. Yana hanya tersenyum dan membalas lambaian Andy. Hanya tuhan saja yang tahu emisi euforia Andy ketika itu. Tindak balas positif itu membuat Andy lebih yakin dan berani mati. Dia menunjukkan jari kelingking dan ibu jarinya kepada Yana sebagai isyarat meminta nombor telefon. Gelagat Andy mencuit hatinya. Yana menunjukkan isyarat kosong melalui himpunan jari-jarinya.Kemudian mengeluarkan jari telunjuknya menunjuk ke langit,seterusnya jari hantunya.
Andy cepat menyeluk sakunya untuk mengambil telefon bimbit. Diikuti dengan cermat isyarat tangan yang diberikan Yana lalu disimpan di ruang panggilan. Setelah habis 10 nombor, Andy menunjukkan ibu jarinya dan memberi senyuman manja kepada Yana. Yana senyum dan melambai pergi. Andy berlalu pergi dengan senyuman keriangan,dan senyumannya itu terus terhenti melihat muka kencang Boy.
‘Senyum,senyum!Kau dah jumpa awek kau,satu dunia kau lupa ya?’
‘Sorry bro,alah,bukan selalu,he sorry sorry,’ pujuk Andy dengan gelak keriangan.
‘Dapat tak?’balas Boy.
‘Dapatlah,’lagak Andy yang masih tersenyum riang.
‘Call lah,boleh ajak lepak-lepak,’ajak Boy.
‘Ish,esok lusalah,dah malam dah.’
‘Kau kedekutkan dengan aku,tak apa aku faham,kau makanlah sorang-sorang,’balas Boy dengan nada merajuk.
‘Chill dowh,belum apa lagi dah nak ajak lepak’potong Andy.
‘Suka hati kaulah,janji kau tak lagi senyum-senyum anjing,menyampah kau tahu tak?’
‘Mana ada aku senyum-senyum anjing,’balas Andy
‘Mana ada aku senyum-senyum anjing,’ Boy mengajuk balik kata-kata Andy.

Tiada ulasan: