24 Mac 2010

Episode 8~ Senantiasa mengingatimu

Malam indah itu telah berlalu hampir seminggu. Malam itu jugalah merapatkan dan membuahkan satu hubungan baru. Malam itu benar-benar bermakna dan tidak dapat diluahkan hanya dengan kata-kata Andy dan malam itu satu lagi peristiwa yang terpahat dalam diari hati Andy buat selama-lamanya. Namun, selepas malam itu,mereka tidak lagi bersua dan berhubung. Kali terakhir Yana menghubungi Andy selepas makan malam pertama mereka itu dengan mesej pendek yang mengucapkan terima kasih kepada Andy kerana kesanggupannya belanja makan.

Kini,sudah hampir seminggu telefon bimbit Andy senyap tidak berbunyi. Sebenarnya kesunyian Andy itu tidak dirasainya kerana minggu itu merupakan minggu ujian bagi kursusnya,begitu juga Yana. Boleh dikatakan minggu itu mereka sedikit sibuk dengan menelaah sehingga larut malam. Minggu itu juga asap nikotina dari mulut Andy malar berkeliaran disebabkan ingin menghilangkan ketegangan yang dhasilkan dari minggu itu. Namun,disebalik kesibukan itu,kadang-kadang Andy sempat menghayalkan puteri idamannya itu. Masih sempat menerawang ke alam fantasinya itu. Mabuk kepayangnya itu masih lagi menular di hatinya,sehingga kadang-kadang dia melihat gadis-gadis di sekelilingnya seakan Yana. Andy juga tahu minggu itu Yana juga sibuk dan dia tidak mahu menghubunginya kerana risau akan mengganggunya,dan sebaik sahaja minggu sibuk mereka selesai Andy akan mengajak Yana untuk keluar berjanji temu lagi.

‘Eh bro,ape cite?’ tanya Boy sebaik sahaja kereta yang dinaiki mereka berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah. ‘Cerita apa lagi ni?’ jawab Andy. ‘Awek ko tu la,kura-kura dalam perahu betullah kau ni,’ Boy memasukkan gear dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah mereka. ‘ Aku malas nak kacaulah,dia busy minggu ni,malam esok dia ada test lagi,malaslah nak kacau.’ ‘Yolah tu.’ Andy diam membisu. Kalau diikutkan hati,setiap hari dia ingin bersama Yana. Tapi sekarang ini biarlah dia mengenalinya perlahan-lahan. Kalau terburu-buru,ikut hati dan nafsu takut melepaslah pula, jika ingin sesuatu mesti ada rancangan teliti baru boleh dapat. Dan menunggu sehingga Yana mengambil ujiannya salah satu rancangan Andy.
Minggu serabutnya telah habis,dan dalam minggu itu sahaja, 4 subjek Andy mengambil ujian. Kini,bolehlah dia memikirkan Yana tanpa gangguan dan halangan. Malam itu Andy hanya terperap di bilik,baring terlentang memerhatikan siling putih polos di biliknya itu. Teringat kali pertama dia hayalkan Yana di bilik itu,ketika itu Yana hanya impian kosong yang mustahil,dan kini boleh dikatakan mereka telah berkawan. Andy tersenyum dan terus tersenyum bila dia teringat kembali sewaktu mula-mula dia menyapa Yana dan ketika mereka lepak bersama. Mungkin sudah memadai sekiranya hubungan mereka sampai di situ sahaja,hanya kawan. Kadang-kadang Andy rasa seperti dia tidak sesuai bersama Yana dan merasakan dia tidak setaraf dan seliga dengan Yana. Tapi itu bukan alasan lagi di zaman millenium ini,kerana dia tidak puas hati begitu juga Boy sekiranya mereka keluar bersama dan melihat pasangan yang mereka rasakan tidak sesuai. Yalah,siapa tidak puas hati melihat pasangan yang mana si perempuan putih melepak dan cantik seperti Baizura Kahar tapi si lelaki pula,tidak payah cakaplah,haram... mungkin benar cinta itu buta, atau lelaki itu banyak wang kertasnya. Bagi Andy,Yana cukup sempurna baginya sehingga merasakan dia tidak layak bersamanya,dari segi harta dia hanya sederhana dan rupa parasnyapun tidaklah sekacak Fahrin Ahmad. Walauapapun,ini sahajalah peluang yang dia ada untuk menghilangkan perasaan sunyi tanpa kasih dari seorang kekasih. Malam itu,Andy terus bertekad akan terus mengikuti rancangannya untuk menakluk hati Yana. Esok dia akan mengajak Yana keluar lagi,kali ini dia ingin mengajak Yana menonton wayang,dan sanggup menggunakan wang simpanannya sekiranya perlu. Dalam asyik Andy mengatur strateginya itu,tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

‘Eh,Yana!’ dengan sepantas kilat menyambut panggilan sang bakawalinya itu. ‘Ya,boleh saya bantu?’ sambutan Andy itu terus membuatkan Yana ketawa. ‘Kenapa dengan U ni,dah macam operator dah,’ Yana ketawa lagi. ‘Haha...kenapa call malam-malam ni,rindu i ke?’ walaupun soalan yang ditanya Andy bersahaja dan tenang tapi di hatinya,inilah kebahagiaan yang dicarinya. ‘Tak malulah U ni,takdenye I nak rindu U tu,’ Yana teruskan perbualan mereka ‘Acctually esok I nak minta teman U pergi shopping,boleh tak?’ dengan pantas Andy menjawab ‘Boleh boleh!’
‘Ok,besok kita jumpa kat Center Point pukul sebelas,jangan lambat tau,bye!’
‘Ok bye!’ walaupun Andy ingin teruskan perbualan,tapi ajakan Yana itu sudah terlebih cukup baginya untuk menekan punat merah. Pucuk dicita ulam mendatang. Andy merasakan kini dialah orang paling bertuah di muka bumi ini. Tidak payah susah dia mengatur langkah untuk mengajak Yana keluar,maka sebaliknya pula terjadi. Hari esok bakal menjadi hari bersejarah baginya dan bakal dilakar di diari hatinya. Malam itu Andy hanyut lagi dengan fantasinya,sebuah fantasi yang lebih ekstrim dari cerita epik mitos greek purba.

Keesokan harinya.

Andy terus melihat skrin telefonnya. Jam menunjukkan 10.15. Dia sedar dia bakal terlambat dan sekiranya ini terjadi maka idealogi gentlemannya telah diselewenginya. Segera bangkit dan mencapai tualanya menuju ke kamar mandi.

10.45am

Selesai sudah dia menyarung baju tee dan seluar jean lusuhnya dia terus memanggil-manggil nama Boy. ‘Boy,hantar aku pergi CP jap!’ tiada jawapan dari Boy. Andy meluru ke bilik Boy. Kosong. ‘Mana pula budak ni!’ keadaan panik mula menerpa Andy. Seluruh rumah dia cari tetapi,Boy maasih tidak kelihatan. Barulah Andy teringat Boy pergi ke Bangi,ke rumah abangnya. ‘Shit!’ Andy duduk dan cuba memikirkan sesuatu,dan masih panik. Mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Masih menemui jalan buntu, untuk mencari jalan pergi ke tempat yang telah di janjikannya pada Yana. Perkhidmatan bas memang bukan satu opsyen baginya,apatah lagi jalan kaki. Terfikir juga bagi Andy ingin meminta bantuan dari kawan-kawannya yang lain untuk menghantarnya. Tapi takkanlah semata-mata untuk berjumpa seorang perempuan dia ingin menyusahkan kawan-kawannya yang lain apatah lagi ketika ini merupakan waktu tidur kebanyakan yang dia cukup kenali. Minta Yana jemput di rumah? Lagi tidak masuk akal. Jatuhlah saham Andy sekiranya dia pula yang dijemput oleh Yana. Andy masih terduduk diam. Telefon bimbitnya berdering. Dalam hati Andy tak lain dan taak bukan,Yana. Apalah yang hendak dijelaskan Andy. Takkanlah dia ingin membatalkan pertemuan mereka ini,nanti kecil hati pula bakal buah hatinya itu. Andymencapai telefon bimbitnya dan terus berserah kepada yang Maha Esa.

‘Hello...’
‘Hai,eh Andy sorry eh,I lambat sikit ni,’ mendengar perkataan lambat meredakan sedikit kerisauan Andy
‘Ha,lambat? Tidak apa,I pun lambat juga ni,ada masalah sikit ni,’
‘Masalah apa?’
‘Tak ada transportlah nak pergi CP,’
‘Oh,ye ke? Tak apa nanti I datang rumah U then kita pergi sekali,ok?’
‘Ish,menyusahkan U saja,’
‘Tak apalah,nanti U send alamat rumah U,dalam jam 12 I sampai,boleh?’
‘Boleh,boleh,nanti I send,’
‘Okey,see U soon,bye,’

Andy menarik nafas lega,akhirnya masalahnya selesai. Yes! Dia melonjak gembira. Kalau dah jodoh tetap jodoh,jerit hati girangnya.
Lebih kurang sejam selepas itu...
Andy menerima mesej dari Yana yang kini dia telah berada di depan rumahnya. Andy terus lincah memakai kasut dan mengunci rumahnya dan meruju ke kereta kompak yang sedang menuggunya itu.
‘Sorrylah lambat,ada hal tadi,’pohon Yana sebaik saja Andy memasuki kereta.
‘Eh,takpe takpe,kira bersyukurlah U sanggup datang rumah,’jawab Andy. Yana hanya memberikan senyuman manisnya yang mampu mencairkan ratusan hati lelaki. ‘Sorrylah kereta messy sikit,’
‘Takpe,dah biasa,he,’ kedua-duanya terus ketawa dengan kata-kata Andy yang bersahaja itu.
‘So,apa aktiviti kita ni,’Andy memulakan perbualan.
‘Shopping,’jawab Yana sambila tersenyum.
‘Oh,okey,tapi I teman saja,’
‘Boleh,sebab tu I ajak U,jadi bodyguard I hari ni,’ dalam hati Andy,hari-haripun dia sanggup.
Perbualan mereka yang bakal rancak dipotong dengan deringan telefon Yana.
‘Ya babe,tengah drive ni,on the way,dengan Andy’ mendengar namanya disebut dia ingin tahu siapakah yang memanggil Yana itu.
‘Okey,dah sampai I bagi tahu,bye,’ sifat ingin tahu Andy kian menembal. Siapakah yang memanggil ? Yana? Dengan panggilan babe pula tu. Lelaki yang memandu sedan perakkah? Seperti pada hari itu bukan mereka berdua sahaja yang akan bersama. Seperti ada orang lain sedang menunggu Yana di Center Point. Tapi siapa? Lelaki atau perempuan? Pasti janggal dan kekok nanti. Adui,kacau daun betullah!