9 Feb 2010

Episode 5~ Servis mesej pendek

‘hye buat ap 2? :)’
Mencari nama Yana dan menekan punat hijau yang bersimbol telefon. Dengan harapan,mesejnya akan dibalas. Lepas tu,boleh la dia lebih mengenali siapakah gadis yang telah membuatnya hampir separuh waras itu. Di hatinya tertanam pelbagai soalan. Apakah namanya? Betulkah Yana? Asal mana? Umur berapa? Apa jurusan yang dia ambil? Kini berada di semester berapa? Dia sewa rumah dekat mana? Entah-entah sebelah rumah. Siapa lelaki yang menjemput dia tempoh hari? Teman lelakinyakah?
Ah,pedulikan budak tu. Yang penting dia balas mesej aku,kalau dia balas,dia pun memang berminatlah kat aku. Lepas tu bolehlah chat dengan dia malam-malam,taklah aku bosan,taklah aku asyik main Fatal Force saja. Bolehlah aku minta dia send gambar dia,lepas tu bolehlah aku buat wallpaper.Wah,seronoknya! Tapi siapalah mamat poyo jemput dia hari tu? Ish,kalau dia saingan aku,matilah. Dia ada kereta,aku? Kaki sajalah. Tak boleh jadi,tak boleh jadi. Ah,ada keretakah atau tidak,itu belakang cerita! Janji hati suci,sucikah? Bolehlah. Aku rasa aku ni baik,tak rugi siapa dapat aku. Ya lah,aku tak pernah tipu duit orang,aku tak pernah mempermainkan perasaan perempuan. Memangpun,aku mana pernah ada teman wanita. Setakat hisap rokok,biasalah. Tapi demi Yana aku sanggup berhenti. Tapi,Yana ni perempuan yang macam mana? Yang sosialkah? Kaki clubbing kah? Pisau cukur? Owh,tidak! Palis-palis aku. Tapi kalau dah sayang nak buat macam manakan? Aku boleh suruh dia berubah. Bawa dia ke jalan yang lebih lurus. Tapi siapa mamat tu? Argh..!!!
Walaupun tidak bertegur sapa lagi,sudah macam-macam soalan yang mengorbit kotak fikirannya. Cinta pandang pertamanya ini betul-betul memberi impak pada Andy. Dia benar-benar ingin berkawan dengannya,benar-benar ingin menjadi teman bicara,benar-benar ingin mengenalinya. Dia sudah tidak takut dengan penolakan,traumanya itu kini benar-benar telah lemas di telan bahrulhayatnya. Bahrulhayatnya yang sunyi dan sepi seperti malam memanjang tanpa timbul dahina. Cinta yang ditolak telah mengambil sedikit keyakinannya. Membuatkan Andy hidup tanpa keedanan asmara lebih satu dasawarsa. Kemunculan bakawalinya ini,telah memberi sinar baru dalam bilik kelam itu.
Kini,lebih sejam sejak Andy menaip mesej kepada Yana. Andy masih menunggu. Menunggu di depan televisyen agar kurang bosannya dengan tangan kanannya terus menggenggam telefon bimbitnya itu. Supaya cepat dia membaca mesej balasan Yana. Tapi sejak tadi telefonnya tidak berbunyi,kecuali bunyi tit yang menandakan keypad locked.
Tidur agaknya. Andaian yang cuba menyedapkan hatinya.Hati yang penuh harapan,dan kini sedikit pudar. Namun,ada sudut hatinya yang masih yakin dengan perasaannya. Walaupun kadang-kadang akalnya bertindak luar norma dengan memasuki dunia fata morgananya.
‘Kau dah contact belum awek tu?’ Boy keluar dari ruang dapur sambil memegang mug putih berisi kopi.
‘Dah,’jelas Andy dengan nada hampa.
‘Budak mana?’ Boy bertanya penuh minat.
‘Manaku tahu,dia tak reply lagi,’nada hampanya kedengaran lagi.
‘Kau dah kena tipu la tu,kenapa tak call terus,penakut,’dengus Boy.
‘Biarlah,mana tahu dia tidurkah,busy kah,dia tak perasankah mesej aku tu,engkau apa tahu!’ perkataan penakut dari Boy membuatkan Andy mempertahankan keadaannya.
‘Suka hati engkaulah,yang kena tipu bukan aku, ’terus menghirup kopi panasnya itu sambil diperhatikan Andy yang juga panas.
Habis saja perbualan mereka itu,telefon bimbit Andy berdering menandakan ada mesej sampai. Sepantas kilat ibu jarinya menekan-nekan punat dan membuka mesej itu untuk dibaca.

‘Hye,sowi lmbt rep,td i mandi sp ni? ’
Andy tersenyum riang. Bunga-bunga pudar yang tumbuh di hatinya terus dicantas. Kini,hatinya membias emisi gembira,bahagia dan suka. Mesej dari Yana itu ditunjukkan kepada Boy.
‘Ha,tengok!’dengan yakin Andy menunjukkan Boy apa yang sedang terpapar di skrin telefon bimbitnya itu.
‘Entah,entah kau mesej dengan lelaki,’menghirup kopinya itu.
‘Aku tahu,kau jealous,ha!’ tanpa menghirau Boy,dia terus membalas mesej Yana.
‘xpe,xde hal,sye bdak yg tegur awak kt bus stop 2la ingat x?’
Dia percaya,sekiranya dia berbuat seperti tidak kisah atau menyembunyikan perasaan dengan sedikit ego,lebih mudah dia nak menambat hati perempuan sebab akan kelihatan cool. Itu menurut tips majalah Bujang Senang yang dibacanya selalu.
‘Haha,owh,Btw,im Yana,u?’
1 hingga 10,di mana 10 adalah paling bahagia,kini Andy di tahap ke-8. Respon positif dari gadis yang telah lama menjadi bayangannya itu membuatkan senyumannya tidak terputus. Mesej itu dibalas pantas,dengan ayat yang dirasakan cool.
‘U can call me Andy’
Selang beberapa minit,telefon bimbit Andy berbunyi lagi. Yana juga membalas pantas.
‘owh,Andy rupanya,haha’

Andy : Eh yana,u sem brp skang
Yana : i sem 3,u
Andy : o,same la,kos ap?
Yana : banking,u
Andy : mechy
Yana : owh
Andy,bisu seketika,dia tidak tahu apa lagi yang patut dia tanya,sedangkan tadi shampu apa Yana pakaipun dia ingin tanya. Tibya-tiba And,teringat kejadian semalam.

Andy : semlm u buat ap kt uptown
Yana : sj,jln2,bosan la kat uma,u
Andy : cari brg,tp x jmpa pun
Yana : brg pe?
Andy : belt,belt i ni da x chomel da
Yana : ha? X chomel? Hahaha,lucu lak i dgr
Andy : he,u tgh buat ape ni?
Yana : pki baju,u
Andy : wow! Tgk tv.
Yana : ap yg wow?
Andy : xde ap,u x klua mlm ni
Yana : xkot,esok klas kul 8
Andy : ea,smla dgn i
Yana : y k?
Andy : btol,u klas smpai ptg k?
Yana : aah,mcm mn u tau?
Andy : kan kte pnah balek skali
Yana : aah,lupe lak
Andy : esok u blk naik ap?
Yana : xtaw g,tp i slalu tmpg mmbr i blek
Andy : owh,mmbr k bf ;)
Yana : mmbr la,i mn ad bf g,still single ok!

Andy melompat gembira,melompat seperti pemain bola sepa Liga Perdana Inggeris memenangi Piala FA.
‘Yeehaa! ’
‘Asal,menang nombor ke Andy?’ Boy tertarik dengan kegembiraan sahabatnya itu.
‘Taklah,awek tu single lagi,ada canlah,’
‘Eleh,bini orang pun boleh mengaku single,’Boy seperti ingin melunturkan perasaannya lagi. Tapi tidak di endahkan Andy.
Andy : hehe,i pun single jg
Yana : tp mcm mana u tau nama i
Andy : ha?y k?
Yana : y la,u pggl nama i mlm 2 kn? u stalk i ea?
Andy : ish,mn ad,x baek taw tuduh bukan2
Yana : habis 2 mcm mn u tau? (>.<)!
Andy : i agk2 j mlm 2,hehe
Yana : y k ni? Bole caye k u ni?
Andy : btol la,buat ap nk tipu awk
Yana : wtevr la,k la i nk tido ni,da~
Ternyata Andy masih belum puas berchatting,diikutkan hatinya,banyak benda lagi nak ditanya. Kalau boleh ketika itu juga dia ingin mengajaknya keluar,tapi,lampu hijau telah bertukar merah. Tapi tidak mengapa,esok masih ada. Dia juga tidak boleh terburu-buru kerana ia tidak cool. Dia harus berfikiran positif,seperti tips di dalam majalah Bujang Senang. Sekiranya plan ini tidak berhasil,maka harus ada plan susulan. Walaupun masih ingin berbicara,tapi dia tetap berpuas hati dengan respon Yana. Sekejap dirasakan bahawa dengan bermesej saja sudah cukup,tapi elemen-elemen di sudut hatinya yang lain membakar-bakar semangatnya untuk mendapat lebih dari itu. Lebih dari perbualan melalui taipan teks di telefon bimbit. Mungkin perbualan dengan bertentangan mata dan berpegangan tangan baru mencukupi. Mungkin juga Andy ingin lebih.Kahwin? Mungkin masih telalu awal. Tapi orang kata jodoh di tangan tuhan. Dan kita sebagai makhluknya perlu berusaha,seterusnya doa danbertawakkal.
Andy : ok,bye,c u l8r ;)

Tiada ulasan: