4 Mac 2010

Episode 7 ~ Temu Janji Pertama

Lokasi : Lepaq Cafe
Waktu : 2012
Cuaca : Mendung (Malam mestilah mendung!)
Jiwa Andy : Gementar

Andy menyemak semula mesej Yana yang diterimanya pagi tadi. Risau akan tempat dan waktu yang dinyatakan Yana untuk berjumpa salah. Tempat dan waktunya betul dan tepat seperti dijanjikan,semangat Andy yang seperti askar Amerika sebelum sampai di Qatar membuatkannya sampai lebih awal. Sejak pukul lapan lagi dia sudah berada di kafe itu,dia tidak boleh lambat,kalau Yana sampai dulu tak gentleman lah. Sebaik saja melabuhkan dirinya di sofa merah hitam itu, seorang remaja lelaki bertopi dan memakai apron datang berserta menu kafe itu dan meminta pesanan dari Andy.

‘Kejap ya bang,tunggu orang kejap,’ pelayan tadi hanya senyum dan terus berlalu pergi dan meninggalkan menu yang dibawanya di meja tempat Andy duduk. Andy mengambil menu itu dan membelek-beleknya. ‘Wah!’terkejut . Andy terkejut dengan harga yang dikenakan kafe itu. Coke saja suda tiga ringgit. Takkanlah dia nak minum air suam sahaja. Nanti kena cop kedekut pula oleh Yana. Memandangkan ini merupakan temujanji mereka yang pertama,Andy mahu semua berjalan lancar dan sempurna. Hidangan mereka,perbualan mereka dan ikatan yang bakal tercipta sebentar lagi. Kini, sifat fatalisnya sedikit pudar,dari semalam lagi dia telah mengatur pelbagai langkah agar first date mereka ini sempurna dan menjadi sesuatu yang indah buatnya. Barang-barang yang dibelinya semalam semua digunakannya sebelum bergerak pergi ke kafe ini. Memang berbaloi kerana dengan adanya barang-barang itu dia lebih yakin. Andy juga tidak merokok selepas bersiap,kononnya takut nafas berbau,dan ini boleh memberi kesan negatif pada Yana.Rambutnya tercacak rapi dan kelihatan seperti basah hasil dari minyak jel wet looknya yang di beli semalam. Misainya di cukur licin dan wajahnya lebih cerah dari biasa kerana Fair n Lovely. Semuanya hanya kerana Yana.
Jam sudah menunjukkan lapan tiga puluh minit,namun Yana masih belum sampai. Andy hanya tenang menunggu. Setakat lambat tiga lima minit biasalah. Tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Andy takut kalau Yana terlupa. Dia terus menghantar mesej kepada Yana dan memberitahu bahawa dia telah sampai di tempat itu. Andy meletakkan telefonnya itu di atas meja. Dia melihat sekeliling. Ekslusif,itulah yang ditafsirkan tentang kafe itu. Pelanggan yang datang juga boleh dikatakan orang ada-ada. Dia melihat pelanggan di meja sebelah kanannya, memakai baju kemeja dan seluar licin,jam perak berjenama, kunci kereta yang diletakkan di atas meja juga bukanlah kunci kereta nasional,begitu juga dengan dua orang yang semejanya. Berdasarkan apa yang didengar Andy,mereka kini sedang berbincang projek perniagaan mereka. Andy mengalihkan pandangannya kehadapan pula. Lima orang gadis sedang lincah berbicara dalam bahasa Inggeris,diselangi dengan gelak ketawa.Rambut panjang ikal keperangan,dengan sun glass tersangkut di dada,telefon bimbit yang diletakkan di atas meja juga model terkini dan harganya berkali ganda dari telefon yang ada bertentangan meja gadis-gadis itu.Ini mesti anak-anak Dato’,itulah tafsiran hati Andy. Pemerhatiannya terhenti seketika,kerana di skrin telefonnya tertera nama Yana yang sedang memanggilnya.
‘Hello Andy,sorry eh,lambat sikit,i tengah on the way ni,’
‘Tak pe i tunggu,’
‘ok,sori tunggu tau,bye,’
Suara manja Yana sedikit sebanyak mengubat keheningan dan rasa bosan Andy yang telah menunggunya sejak pukul lapan tadi dan kini jarum panjang pada jam gantung kafe itu telah mencecah nombor sembilan.
‘Order bang?’ pelayan kafe tadi datang lagi.
‘Kejap bro,tak lama lagi kawan saya sampai,’ pelayan itu hanya tersenyum. Senyum menganjing atau ikhlas pelayan itu hanya tuhan saja tahu.
Ikutkan hati memanglah Andy ingin memesan minuman tapi,idealogi gentlemannya itu tetap kukuh. Andy membelek-belek menu itu sekali lagi. Diperhatikan satu-satu dan teliti dengan isi kandungan menu itu,terutama sekali harganya. Setelah beberapa minit dia telah menetapkan hidangan makan malamnya,lebih mahal dari makan malamnya yang biasa dijamah,namun kali ini semua itu terpaksa dipinggirkan bagi mejayakan perfect datenya itu. ‘Sorry lambat Andy,’ tiba-tiba sahaja sang bakawalinya itu muncul di depannya. Andy terpaku. Perhatiannya pada menu dipindahkan pada Yana yang berada di depannya. Rambut gelap yang keperangan,muka bujur,mata jeli,bibir nipis dan pipinya yang halus dan putih cerah semua sama seperti kali pertama mereka bertentangan mata. Seperti biasa,degup jantung bertambah kencang, hatinya gementar bercampur gembira. ‘Hello,kenapa ni,speechless?’ perasan akan Andy yang hanya berdiam diri,Yana terus mengajukan soalan itu sambil melambai-lambai tangannya ke arah muka Andy. ‘Eh,duduklah,’baru Andy berada di dunia hakiki. Sebaik saja Yana duduk,dia menghulurkan tangannya kepada Andy walaupun mereka itu bukan mahram. Andy menyambut tangan itu berserta dengan senyuman. Darah sedikit berderau.
‘Eh,orderlah,’Andy menghulurkan menu yang dari tadi menemaninya dengan setia.
‘U?’ tanya Yana dengan senyuman manisnya itu
‘U order dulu,ladies first,he,’
‘U belanjakan?’ satu soalan yang agak tidak malu dari Yana yang di sembur dengan selamba.
‘Tak de hal,’ Andy merasakan itulah jawapan yang paling macho untuk digunakan.
‘Haha,main-main je lah,apalah U ni,’ Yana gelak sedikit dan terus meneliti menu.
Andy hanya memerhatikan gadis yang baru saja dikenalinya itu. Segala gerak-gerinya diperhatikan dan semua itu betul-betul memberikan kebahagian kepada Andy. Senyumannya,suaranya dan semua yang datang dari Yana. Bertuah kalau dapat menjadikan Yana ini kekasihnya,itulah harapan Andy. Lebih-lebih lagi pada malam itu insan yang digilakannya itu berada di depannya. Menyerlahkan lagi kecantikan dan kesempurnaannya. Mekap yang sederhana,rambut yang diikat ke belakang,loket yang berbuahkan batu seperti berlian,beranting-anting,memakai cardigan ungu, seluar denim dan flip-flop. Memang inilah yang Andy ingini,bukan sahaja cantik tapi pandai bergaya. Di hati Andy,buat sekarang ini, tiada gadis yang dapat menangani gadis yang berada di depannya sekarang ini. Dan sudah pasti dialah gadis idamannya.Gadis yang ingin dijadikan teman istimewa.
‘U dah order?’ sambil memberikan menu itu kepada Andy.
‘Belum,’mengambil menu itu dari tangan Yana. Sekejap saja diperhatikan menu itu dan terus memanggil pelayan kafe itu. Pelayan itu datang kali ketiga dan kali ini dia ke dapur tanpa tangan kosong. Setelah pesanan mereka di ambil mereka terus bertentangan mata. Kedua-duanya hanya diam membisu. Buntu. Sedikit janggal. Menyedari keadaan itu,kedua-duanya tertawa. Andy terus memulakan perbualan.
‘Apasal lambat?’
‘I hantar kawan i tadi,dia pergi rumah member dia nak buat assignment,’
‘Oh,U tak sibuk malam ni?’tanya andy lagi.
‘Tak,skarang ni i sibuk dengan u sajalah,hehe,’jawapan itu benar-benar menyenangkan hati Andy.
‘Haha,’Andy hanya tertawa dengan jawapan Yana itu.

Perbualan mereka makin rancak,pelbagai soalan dan jawapan diberikan. Semakin cepat masa berlalu,semakin selesa mereka berbual,seperti sudah lama mengenali satu sama lain. Sepanjang malam itu,mereka tidak berhenti bercerita dan ketawa,bercerita tentang diri masing-masing,mengadu tentang hidup mereka sebagai mahasiswa,meluahkan perasaan cinta mereka tentang musik,fesyen,dan macam-macam lagi. Malam itu,betul-betul malam yang berkualiti buat Andy kerana dapat menghabiskan masa bersama Yana.Malam itu juga amat bermakna buat Andy,kerana janji temu itu boleh dikatakan lancar dan sempurna. Dia gembira Yana memberi respon yang positif padanya. Kini hubungan mereka lebih rapat dan ini memudahkan Andy untuk mencapai impiannya itu. Impian berkongsi kasih bersama sang puteri. Tapi,ini kali pertama mereka keluar bersama. Kata orang, pertemuan kali pertama bukan sesuatu untuk terus dinilai semuanya,harus ada tempoh percubaan,kerana takut hati tulus ini akan dikecewakan.

‘Bang,sorry ganggu,tapi kami dah nak closing dah ni!’

Tiada ulasan: